Kelas Asas Microsoft Word
4 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas Asas Microsoft Word diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas Microsoft Word yang penting iaitu pengenalan kepada asas menaip bagi mereka yang kurang mahir mengendalikan komputer serta membiasakan diri mereka dalam membuat penulisan menggunakan komputer. Seramai tujuh orang peserta yang kesemuanya adalah pelajar lelaki yang menyertai kelas ini.Pelajar diajar bagaimana cara untuk membuat shape(bentuk) dan didalam bentuk tersebut mestilah diwarnakan dan ditulis mengikut bentuk,warna dan tulisan yang diminati oleh para pelajar.Di akhir kelas ini pelajar-pelajar juga diajar bagaimana cara untuk menyimpan dokumen yang telah disiapkan supaya semua dokumen tidak terpadam apabila keluar dari Microsoft word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: